Sunday, October 11, 2009

PEMBELAJARAN KOPERATIF

MENINGKATKAN KECEMERLANGAN MURID SECARA MENYELURUH MENGGUNAKAN STRATEGI STAD
Oleh :
Normah Abdullah
Guru Kaunseling Sekolah Menengah Kebangsaan Iskandar Shah
77000 Jasin, Melaka

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan kecemerlangan murid dalam Peperiksaan PMR 2009 secara menyeluruh. Kajian ini melibatkan 112 orang murid tingkatan 3 Kelas Rancangan Khas dan 131 orang murid tingkatan 3 Kelas Kawalan. Tinjauan dan pemerhatian awal telah dibuat ke atas keputusan ujian pengesanan bulan Mac, peperiksaan pertengahan tahun dan ujian pengesanan bulan Julai 2009. Daripada analisis ketiga-tiga ujian tersebut memberikan gambaran bahawa wujudnya jurang yang sangat ketara di antara murid yang memperolehi markah tertinggi dan murid yang memperolehi markah terendah dalam mata pelajaran Matematik, Bahasa Inggeris, Sains, Sejarah dan Geografi dalam kedua-dua kumpulan pelajar tersebut. Kaedah pembelajaran Koperatif dengan menggunakan strategi STAD telah didedahkan kepada semua guru yang terlibat. Diharapkan dengan kaedah ini dapat merapatkan jurang perbezaan pencapaian murid dalam peperiksaan PMR 2009 nanti.

No comments:

Post a Comment